25 May, 2012

Quick respons - Hantaran 10,000

Panas pulak topik malam ni. Terpanggil untuk memberi respon..Kalau pun si lelaki mampu beri 10,000..tapiiii...

- 10,000 pun pinjam loan (takpelah asal niat baik nak kahwin cepat)
- Solat pun kadang tinggal, solat jumaat?
- Kapel asyik tukar-tukar (mencari calon isteri terbaik katanya)
- Perangai (hanya tuhan yang tahu. Sekarang lelaki ramai yang camouflage)
- Pandai mengaji, tapi Quran pun dah berabuk tak sentuh
- Tahu hukum agama tapi tidak beramal pun tak cukup
- Hafal Quran. Ehem, zikir dan wirid lepas solat, tahlil dan doa ringkas pun tak hafal, mcm mana tu?
- Nak isteri pandai itu ini, tapi suami? Pandai mengarah.. hurmm



.............................................
- Antara nikah yang paling berkat ialah yg paling mudah urusannya- murah mas kahwinnya maksud hadis -






7 comments:

  1. selalu kite dengar..
    suami mmg x romantik..
    suami mmg x pandai pujuk..
    suami mmg x penah wat keje rumah..
    suami x pandai jaga anak..
    suami balik keje penat..
    macam2 lg, so semua isteri kene redha dan memahami..

    sedangkan ade tak suami pikir,
    isteri tu mgkin xtau masak lgsg sebelum kawen n die belajar utk memasak sehingga expert!
    isteri tu pun xtau menjaga n mendidik anak2, tp die berusaha membaca, bertanya dan membaiki diri die utk jd ibu yg terbaik!
    isteri tu pun x tau nak layan lelaki tp berusaha mencari contoh dan memahami suami utk jd isteri terbaik!
    isteri tu pun bekerja, penat, tapi bole gagahkan diri utk terus memasak dan melayan karenah anak2 dan suami kerana kasih sayang..

    seorang perempuan, sanggup belajar dan berusaha utk jd ibu dan isteri yg terbaik.. tapi lelaki kerap memberi alasan dan mengharap isteri memahami dan akur atas dasar 'taat kpd suami'..

    ReplyDelete
  2. Jangan mahal2 sangat Hantaran sampai menyusahkan diri... sebab, lepas kawen lagilah banyak nak pakai duit weii.. huhu :)

    ReplyDelete
  3. @arni : Siapa yang buat statement tu mmg bias kan arni, tidak pula disenaraikan ciri-ciri suami yang patut wanita terima rm10,000

    ReplyDelete
  4. @nas puteh, setuju. Zaman ni orang berebut2 letak hantaran besar sampai sanggup pinjam bank untuk kahwin.. Sehari je leburrrrr semua duit tu. sayangnya.. Jalan singkat.

    ReplyDelete
  5. Banyak ke 10k tu? Sikit je bg ak. Tp bg laki 10k bnyk bebenor. Sokong statement arnie. Lelaki melayu lah mmg cenggitu.

    ReplyDelete
  6. betul-betul setuju sangat-sangat..kalau kiter nak pasangan yang sempurna pastikan diri tuh dah cukup sempurna dulu ini tak...mencari yang sempurna tapi semdiri pon kena orang yang sempurnakan..

    bg hakak pinjam duit untuk kahwen adalah tidak lojik dan tak boleh diterima akal..sok sok dah bongkok bercucu cicit loan kahwen pon tak habes bayar lagi..what the?

    ReplyDelete
  7. @sya : so trueeee!
    @CNN: kalau berhajatkan isteri mcm saidatina khadijah, pastikan diri sebaik nabi muhammad.

    ReplyDelete

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang