28 June, 2013

My other half..


Al-kisah...
Kenal belum sebulan sudah merisik.
Bercinta pun tidak, dah menikah.
Alhamdulillah.. thank you Allah. He is the best gift to complete my life..
Zu pemboros, dia penjimat
Zu kuat jalan, dia suka duduk rumah
Zu malas, dia rajin
Zu cerewet, dia cool
Zu emotional, dia rasional
Zu pendek, dia tinggi. Haha
....and the list goes on....
Senang cerita, he completes me.
He is my other half.. Mr Baharin Solemon.

Semua yang berlaku dalam hidup kita sememangnya aturan Allah. Dia temukan kita dengan orang yang salah supaya kita belajar erti bersyukur bila ditemukan dengan yang terbaik. Dia lambatkan jodoh kami kerana inilah masa terbaik di saat kami stabil ekonomi dan mental. Dia yang maha mengetahui..

Zu kenal husband tak lama, i moved to new workplace on July 2012. He was the only single teacher in that school. Ahha! Berkat bulan Ramadhan kenal. Bila tiba Hari Raya on August 2012, i invite all teachers to my open house. Nama pun baru berpindah, buat lah open house boleh mengeratkan silaturahim gitu. Encik Baharin ni saja je cakap nak bawak family. Sekali bukan setakat family, siap cincin sekali. Haha...Tekojut den.. Tapi disebabkan puas berdoa setiap kali lepas tarawikh, zu terus terima with no doubt. 
 
 
Dan kami hanya ada 2 bulan untuk prepare nikah on 9 November 2012. 
Seriously 911. Emergency!.... mana cukup dua bulan dengan satu apa tak mula.
Kalau ikut ayah, yang penting yang wajib. Apa nak cameraman, pakai camera handpone boleh? Hahaha! Pak Buang asal boleh kan.. Oh, nehi heiii.. Dah la zu cerewet, kalau boleh semua nak buat sendiri.
DIY WEDDING katanya..
 
Mula-mula feeling-feeling buat wedding checklist maya dalam ipad. DIY wedding sketches using ipad Paper application. 


 
Leceh la lukis pakai jari dahla gemok-gemok jari jemariku. Sudahnya khaskan satu wedding book untuk list down semua apa yang penting! Lagi senang. Dalam masa dua bulan itulah nyawa.. Semua tercatat dalam tu dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar hal.

My wedding checklist:
 



 
Dan penuh la buku ni dengan gambar-gambar contoh baju nikah idaman, pelamin idaman, segala-gala idaman. Print saja tampal dalam wedding book ni. Mudah! Dalam masa dua bulan, semua duit simpanan bisnes sepanjang setahun lebih la yang menjadi sandaran untuk semua majlis dari bernikah hingga bride reception. Alhamdulillah tak menyusahkan parents..
 
Mana yang baik boleh la dijadikan panduan. Next entry i will share on the whole-seller DIY doorgift, wedding photographer, bridal pilihan. Ok? Till then.. 
 
xoxo
Mrs. Baharin

No comments:

Post a Comment

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang