08 December, 2014

Manzil Rasm Uthmani

Alhamdulillah..
Ramai sungguh akhir-akhir ini yang mesej Zu bertanyakan kitab manzil. Sahabat-sahabat sekalian boleh terus membeli di atas talian dari website PTS. Lebih murah beli online. =)

Mudah bukan? 
Bagaimana membelinya, klik pada gambar dibawah untuk ke laman tersebut.



Selamat mencuba.

30 November, 2014

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Masih segar di ingatan, guru yang mengajar kelebihan surah ni ialah Puan Mariam di Sekolah Tinggi Kluang tapi tak pernah dibaca atau diamalkan saya. Hingga lah waktu di Matrikulasi, saya bersama sahabat Shareeza Azzura, kami digerakkan hati untuk membaca Surah Waqiah bersama-sama sementara menunggu Solat Isya'. Alhamdulillah, sejak itu Surah Al Waqiah menjadi amalan. Subhanallah memang surahnya banyak kelebihan.. Di sini Zu kongsikan semoga bermanfaat buat kita semua.. Mudah-mudahan menjadi amalan. In sha Allah..


Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:


Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”



2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Download Surah Waqiah dibawah dengan klik gambar surah, simpan dalam handphone ya. Semoga bermanfaat.





04 September, 2014

Kehebatan Doa


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: 
Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Doa Pelindung Elak Sihir dan Malapetaka





Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, 
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, 

dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

22 January, 2014

Sawah gateaway


Beruntunglah yang kampungnya ada sawah, cantik saujana mata memandang. Kali pertama zu tengok sawah padi masa umur 4 tahun di Sekinchan, Selangor. Waktu tu mandi atas tali air kemain jakun. Ini kali kedua di Sungai Rambai, Melaka. Kami bukan lah bercuti pun sebenarnya hanya singgah melawat pakcik Baha. 

Lepas lunch, terus lari pi bendang tak sabar walau panas terik. Suami mulanya malas nak layan sebab tengahari buta kot. Tapi sawah tepi rumah je, so i decided to go with my niece berdua (dalam hati doa janganla ada lintah ke ular ke) Hoho! Penakut!!

I just use my ipad (sebab iphone dah kiok habis battery) and teach my 7 years old niece how to snap picture. Surprisingly, the above photo was captured by her. Cantik, pandai dia ambil gambar. Siap rule of third lagi kauu! Haha.

Masa ni dah muncung-muncung barulah Encik Baha nak datang. Bweck!





Pandai kakak captured candid moments.. 

On the way back, nampak pemandangan cantik terus pujuk husband berhenti keluarkan DSLR. Nasible  mak ayah mertua layankan aje menantu kaki posing.. Sayang mak ngan abah! hihi..



Gambar kat jambatan ni diambil menggunakan ipad sahaja oleh kanak-kanak 7 tahun. Saya rasa dia hebat. 

 Ika in her proud pose lepas kena puji. Kikiki.
 


Captured by ipad.



Subhanallah..
Nak pergi lagi tapi nak tunggu padi dah kuning!

07 November, 2013

Korea Trip | Day 1

Annyeong Haseyo!
Penyakit berjangkit dah datang, haha.. Balik trip peram gambar ribu ribu lemon, pastu update Day 1 je sempatnya.. Harap-harap sembuh la penyakit Day 1, so that u'ols boleh baca sehingga ke Day 5 yek! 

This Korea Trip was on 16 - 20 September, 2013 (5 days). Eh, flashback my first Korean Drama in 2002, it was 11 years ago. It was a phenomena of Winter Sonata. Masa tu melopong tengok sanggup skip berjemaah kat masjid sampai kena kejar dengan mak guard dan warden. Bwaaha! Siapa sangka bila buat bisnes ni dapat la pulak ke sana for FREEEEEEEEEEEEE! 

Here goes my Korea Travelogue for Day 1

1 | KLIA International Depature

With my mentor CDM Nurfaziha and protege Fadila Fadh in our official tshirt.
YGLAM
Travel mates @ Savvybees yang qualify ke Korea. 
Ada yang first time ke luar negara excited pula kena naik train before boarding.

2| Incheon International Airport, Seoul

C3 group. The arrival at Incheon International Airport. GLAM tapau satu flight and we were divided to 5 groups C1 - C5.


Buat drama je mak jemah hujung tu.. 
Savvybees safely arrived at Incheon International Airport, Seoul Korea.
Hani Asmahani, Fonseka, Nurin, Zu dan Siti Fadilah. Otai dalam Savvybees team. Hehe..
Spotted this! Pelik kan arca ni. I don't know ini represent apa.
I just love to see Korea Sign everywhere on painted on the road. Orang rabun pun tak ada masalah nak drive memang jelas! Haha..
The Park. Our tour guide told us it is autumn season. Tapi cantik je bunga ada lagi belum gugur pun.



3 | Restaurant Usmania. Itaewon, Seoul 

Di sini kami dibawa ke restoran makanan halal di Korea untuk makan tengahari. Seronok travel dengan syarikat, semua disediakan. Makanan halal dah tak payah pening-pening kepala cari, penerbangan percuma dan penginapan pun percuma. 

My travel mates. Siti Fadila 











4| Doota Mall, Dongdaemun

Dari Itaewon kami ke Doota Mall untuk shopping souvenirs. I was like "Ha?? Why tour guide tak bawak pergi market untuk shopping souvenir. Shopping kat mall sure mahal gile" [1st impression]






Souvenir Shop adalah di tingkat paling atas dalam Doota Mall ni. Masuk je terus pergi tingkat atas. Tapi mata dah melilau tengok coat, jacket, blouse cantik-cantik. Oh, melt! [tahan hati]. Sampai je Souvenir floor...
My [2nd impression] "Fazi, you nak shopping ke? Murah ke sini? I nak beli kat market kot lagi murah. Ni baru first day,  nak survey dulu harga"
Tudiaaaaa penuh orang. Semua berpusu-pusu beli souvenir. Zu memang nak memborong tapi my second thought said "Nantila beli kat market lagi murah kot. Biarla diorang beli dulu"
So apa yang daku buat, jalan-jalan cuci mata dalam mall. Tengok Jacket cantik-cantik woooo! Tak sabar nak beli baju cantik. Hoho..


Cantik kannn?








Hasil pancingan di Doota Mall. Masa nak balik ni tour guide dah pesan Doota mall ni akan ditutup mulai esok hinggalah hari kami bertolak pulang sebab Korea ada perayaan ape tah masa tu macam Kuih Bulan ke apa. So sesiapa nak beli souvenir banyak better beli disini.

Again, mak jemah a.k.a Zuraida ni tak mau percaya! Second thought dia kata "Market lagi murah kot barang-barang souvenir. Takkan la beli souvenir kat Mall. Sah-sah mahal"


Apa je la mak jemah ni buat. Haha abaikan muka den dah macam joyah disitu.
Ok, agak-agak korang boleh tak teka apa kesudahannya?
Setelah merayau di Dongdaemun Market, Namdaemun Market dan lain-lain Souvenir Shop, ternyata beli di Doota Mall lagi murah berkali-kali ganda murah. 

Menyesal dakuuu tak sudah! Nak pi lagi Doota Mall dah tutup sebab Korea sambut 'Kuih Bulan' Festival. Haha. Padan muka kau Zuraida.

Nasib baik dapat beli baju cantik dan murah kat Doota Mall.


5 | Best Western Kukdo

Selepas penat memancing shopping, kami pun check in hotel ni dan bersiap-siap untuk Gala Dinner bersama-sama kumpulan besar Qualifier Korea yang lain.


 Siapa punya American Tourister tu semak je. Haha! 


Bidet! Ha, yang ni memang tersangat jakun sebab kat Malaysia tak ada. Nak cuci montot pun amek masa baca instruction kang salah tekan keluar tangan pulak. Haha.. 


6 | Best Western Premier, Seoul Garden Hotel.



 Kami dinner di Hotel lain, so on the way ke Seoul Garden tu nampak serpihan tembok yang menjadi sempadan Korea Selatan suatu masa dulu. Bangga dapat tengok tempat bersejarah dan apa yang mengkagumkan, Korea Selatan sekarang ni makin besar kawasannya dan bertambah maju.



 Malam tu kami disajikan dengan persembahan K-POP! Live.. Yay!
 Siti kantoi minat mamat ni. Kacak bukan? Sila AFUNDI beliau walaupun beliau tak berapa pandai butang baju. Ops! Haha..


 Ini K-POP wanita yang hanya bikin panas. Mana-mana suami yang record persembahan mereka malam tu confirm tidur luar. Haha!




Ok sekian Korea Travelogue Day 1. Doakan penyakit Day 1 saya sembuh supaya terus menulis untuk Day 2,3,4,5. Oh! Banyaknya lagi nak kena tulis..

Oh sebelum terlupa, pictures credit to Arman. (Suami CDM Nurfaziha)
 
Bye...

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang