Showing posts with label Sponsored Trip. Show all posts
Showing posts with label Sponsored Trip. Show all posts

07 November, 2013

Korea Trip | Day 1

Annyeong Haseyo!
Penyakit berjangkit dah datang, haha.. Balik trip peram gambar ribu ribu lemon, pastu update Day 1 je sempatnya.. Harap-harap sembuh la penyakit Day 1, so that u'ols boleh baca sehingga ke Day 5 yek! 

This Korea Trip was on 16 - 20 September, 2013 (5 days). Eh, flashback my first Korean Drama in 2002, it was 11 years ago. It was a phenomena of Winter Sonata. Masa tu melopong tengok sanggup skip berjemaah kat masjid sampai kena kejar dengan mak guard dan warden. Bwaaha! Siapa sangka bila buat bisnes ni dapat la pulak ke sana for FREEEEEEEEEEEEE! 

Here goes my Korea Travelogue for Day 1

1 | KLIA International Depature

With my mentor CDM Nurfaziha and protege Fadila Fadh in our official tshirt.
YGLAM
Travel mates @ Savvybees yang qualify ke Korea. 
Ada yang first time ke luar negara excited pula kena naik train before boarding.

2| Incheon International Airport, Seoul

C3 group. The arrival at Incheon International Airport. GLAM tapau satu flight and we were divided to 5 groups C1 - C5.


Buat drama je mak jemah hujung tu.. 
Savvybees safely arrived at Incheon International Airport, Seoul Korea.
Hani Asmahani, Fonseka, Nurin, Zu dan Siti Fadilah. Otai dalam Savvybees team. Hehe..
Spotted this! Pelik kan arca ni. I don't know ini represent apa.
I just love to see Korea Sign everywhere on painted on the road. Orang rabun pun tak ada masalah nak drive memang jelas! Haha..
The Park. Our tour guide told us it is autumn season. Tapi cantik je bunga ada lagi belum gugur pun.



3 | Restaurant Usmania. Itaewon, Seoul 

Di sini kami dibawa ke restoran makanan halal di Korea untuk makan tengahari. Seronok travel dengan syarikat, semua disediakan. Makanan halal dah tak payah pening-pening kepala cari, penerbangan percuma dan penginapan pun percuma. 

My travel mates. Siti Fadila 











4| Doota Mall, Dongdaemun

Dari Itaewon kami ke Doota Mall untuk shopping souvenirs. I was like "Ha?? Why tour guide tak bawak pergi market untuk shopping souvenir. Shopping kat mall sure mahal gile" [1st impression]






Souvenir Shop adalah di tingkat paling atas dalam Doota Mall ni. Masuk je terus pergi tingkat atas. Tapi mata dah melilau tengok coat, jacket, blouse cantik-cantik. Oh, melt! [tahan hati]. Sampai je Souvenir floor...
My [2nd impression] "Fazi, you nak shopping ke? Murah ke sini? I nak beli kat market kot lagi murah. Ni baru first day,  nak survey dulu harga"
Tudiaaaaa penuh orang. Semua berpusu-pusu beli souvenir. Zu memang nak memborong tapi my second thought said "Nantila beli kat market lagi murah kot. Biarla diorang beli dulu"
So apa yang daku buat, jalan-jalan cuci mata dalam mall. Tengok Jacket cantik-cantik woooo! Tak sabar nak beli baju cantik. Hoho..


Cantik kannn?








Hasil pancingan di Doota Mall. Masa nak balik ni tour guide dah pesan Doota mall ni akan ditutup mulai esok hinggalah hari kami bertolak pulang sebab Korea ada perayaan ape tah masa tu macam Kuih Bulan ke apa. So sesiapa nak beli souvenir banyak better beli disini.

Again, mak jemah a.k.a Zuraida ni tak mau percaya! Second thought dia kata "Market lagi murah kot barang-barang souvenir. Takkan la beli souvenir kat Mall. Sah-sah mahal"


Apa je la mak jemah ni buat. Haha abaikan muka den dah macam joyah disitu.
Ok, agak-agak korang boleh tak teka apa kesudahannya?
Setelah merayau di Dongdaemun Market, Namdaemun Market dan lain-lain Souvenir Shop, ternyata beli di Doota Mall lagi murah berkali-kali ganda murah. 

Menyesal dakuuu tak sudah! Nak pi lagi Doota Mall dah tutup sebab Korea sambut 'Kuih Bulan' Festival. Haha. Padan muka kau Zuraida.

Nasib baik dapat beli baju cantik dan murah kat Doota Mall.


5 | Best Western Kukdo

Selepas penat memancing shopping, kami pun check in hotel ni dan bersiap-siap untuk Gala Dinner bersama-sama kumpulan besar Qualifier Korea yang lain.


 Siapa punya American Tourister tu semak je. Haha! 


Bidet! Ha, yang ni memang tersangat jakun sebab kat Malaysia tak ada. Nak cuci montot pun amek masa baca instruction kang salah tekan keluar tangan pulak. Haha.. 


6 | Best Western Premier, Seoul Garden Hotel.



 Kami dinner di Hotel lain, so on the way ke Seoul Garden tu nampak serpihan tembok yang menjadi sempadan Korea Selatan suatu masa dulu. Bangga dapat tengok tempat bersejarah dan apa yang mengkagumkan, Korea Selatan sekarang ni makin besar kawasannya dan bertambah maju.



 Malam tu kami disajikan dengan persembahan K-POP! Live.. Yay!
 Siti kantoi minat mamat ni. Kacak bukan? Sila AFUNDI beliau walaupun beliau tak berapa pandai butang baju. Ops! Haha..


 Ini K-POP wanita yang hanya bikin panas. Mana-mana suami yang record persembahan mereka malam tu confirm tidur luar. Haha!




Ok sekian Korea Travelogue Day 1. Doakan penyakit Day 1 saya sembuh supaya terus menulis untuk Day 2,3,4,5. Oh! Banyaknya lagi nak kena tulis..

Oh sebelum terlupa, pictures credit to Arman. (Suami CDM Nurfaziha)
 
Bye...

06 June, 2013

Travelog London Paris : Day 1

Bismillahirrahmannirrahim..
Lama sudah tak menulis entri, harap-harap masih ada yang sudi baca. Kali ni Zu nak share wonderful journey kali ke 2 zu menjejakkan kaki secara percuma ke Eropah. Yang paling membahagiakan, bulan madu percuma sekali sebab London Paris trip kali ni Zu dapat bawa suami..
 
Frankly speak, Zu bukan datang dari family kaya. Ibu hanya pembantu am rendah, ayah pula cuma pencen Telekom. Saya? Cuma cikgu biasa. Suami? Pun cikgu juga. Mungkin ada yang datang dari keluarga berada, bergaji mewah, bersuami kaya mampu sampai ke sana. Tapi perasaannya tak sama dengan apa yang zu rasa.
 
Percayalah. Saya ke sana dengan jerih perih hasil berniaga bersama rakan kongsi dan leader yang banyak sangat sama-sama gigih membantu. Macam-macam dugaan yang ditempuh demi satu percutian percuma yang cukup berharga. Zu fight for this trip beberapa minggu sebelum zu kahwin, sebab CDM fazi keep on provoke me "Zurai, you tak nak ke honeymoon kat London Paris percuma". Oh no, siapa yang tak nak kannn?

Duit belanja melancong juga hasil jualan Premium Beautiful, perasaannya berbeza bila kita dapat apa yang kita mahu dan menghargai sangat semuanya. Bukan mahu menunjuk tapi itulah HASIL KERINGAT sendiri. Harapkan gaji guru, tak mungkin sampai di usia muda. Harap jejaka kaya, daku bukan gadis pojaan hati sesiapa. Haha.. So BERUSAHA, kita mampu capai apa saja jangan harapkan bulan jatuh ke riba.
 
My Travelog starts here:
 
8 Mac 2013 | KLIA

All GLAMpreneurs wears green pink. Macam candy dah. Kekeke



 
We transit in Vietnam, sempat beli bantal gebu gedebus buat bekalan tidur. Approximately 14 hours travel time. zzZzz. Makan tidur je la.
 
9 Mac 2013 | GATWICK AIRPORT
 
Dah sampai London ke? Husband dah start menggigil. Padan muka tak bawa winter cloth ikut sangat cakap orang. Haha. Yang sebenarnya weather masa tu unpredictable walaupun another 1 week sepatutnya dah spring season.

 
 
The bus bring us to London City. Apa yang best sepanjang perjalanan kita boleh tengok budaya dan senibina tempat orang.
Agak-agak ada tak rakyat Malaysia yang sanggup paint bendera Malaysia atas bumbung Mini Cooper sendiri.

Basikal untuk disewa. Smart kan?
 
Bersihkan halaman rumah sana?. Best boleh guling-guling depan rumah tengok rumput dia gebu.
 
1 |  LONDON EYE

It is the world's highest observation wheel. Ini tarikan utama di kota London. 
 
 
 
Tapi sebelum naik tu kitorang dibawa tengok 3D film dalam theatre hall watch the prelude of London Eye. Terasa la angin sepoi-sepoi, bubbles dan burung terbang nak patuk hidung.
 

 
 
 Ada 32 kapsul yang setiap satunya seberat 10 tan dan boleh menampung sehingga 25 orang. Tourguide kami kata biasanya capsule ni boleh disewa untuk special event. Untuk propose ke, celebrate Valentines atau anniversary. Wah gitu kan..
 
 
 
 
 
 
The view from London Eye Capsule. Pemandangan Kota London dari atas memang terbaek!. Big Ben di situ.
Time ni kitorang kesejukan dah sebab cuma pakai sweater je. Orang lain siap trench coat bagai. Grr.. Yang aku pelik ade ke orang nak beli ice-cream ni. Mak aih!



 
Habis je melawat London Eye angin kus-kus menyerang. I'm down with headache. So terlepas peluang melawat few interesting places sebab tersadai dalam bas. Sedih kan? Tapi memang tak boleh angkat kepala, baik tidur sorang dalam bas. Berani giler lah, masa tu pikir cepat sembuh so boleh join travel dengan sihat.
 
2 | BUCKINGHAM PALACE



3 | Lunch at MELUR RESTAURANT
 
Melur London ni milik orang Johor yang dah mastautin kat London sana. Makanannya nampak sedap, sayangnya masa ni zu tak makan sebab vommit tahap dewa! Sila pastikan anda diri anda sihat semasa melancong kalau tak rugi macam saya.
 
4 | Pray at LONDON CENTRAL MOSQUE

Tidur sorang dalam bas lagi. Maka nah tataplah wajah kesayangan hamba di Masjid London ni.
 
5 | WESTMINSTER ABBEY
This Royal Church untuk perkahwinan dan pengkebumian kerabat diraja, aristokrat. And it was the venue for the wedding of Prince William and Kate Middleton.



  
6 | BIG BEN
 
Big Ben ni actually menara jam kat another wing of Westminster Palace. Time ni zu dah getting better. Dah boleh senyum. Hoho. Seronok kami nyanyi2 lagu ramai-ramai kat sini. Macam buat konsert semua orang tengok.


 
7 | TOWER BRIDGE LONDON
 
One the most impressive structures and sites in the capital, has stood over the River Thames since 1894. Kagum jambatan boleh terbuka bagi laluan kapal.




Sejuk masyaAllah tepi sungai ni kami berebut beratur beli hot chocolate. Nikmatnyaaaaa! Kat sini ramai yang dah start beli souvenir. Got a few souvenir shops there.
 
 
 

We had our second Malaysian cuisine in London. Alhamdulillah masa ni dah recover from terrible headache. Terima kasih pada suami, fazi, arman, kak eka yang banyak tolong masa ni.
 
9 | stay in HOLIDAY INN LONDON



Beautiful! The day and the night view of London from our hotel room.

 
Pengalaman hari pertama di kota London cukup berharga. Walaupun sakit tapi berbaloi sebab semua percuma. Best kan? Okay, tunggu next entri Day 2.
 
End of  Day 1 | 9 Mac 2013
 
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang